Blog Travel & Food Terbaik untuk Sabah Borneo

Semua ArtikelDestinasiTentangBlogHubungi
Book TourAdmin
Home/Destinasi/Sabah/Ranau/Sabah Tea Garden: Tempat Wajib Singgah B…
Sabah Tea Garden: Tempat Wajib Singgah Bila Ke Kundasang
Hidden Gems·Ranau

Sabah Tea Garden: Tempat Wajib Singgah Bila Ke Kundasang

21 Julai 2026·

Apa yang buat tempat ni special, dia ni satu-satunya ladang teh organik di seluruh Borneo. Ditubuhkan hujung tahun 1970-an, dan hasil tuaian pertama dia baru dapat tahun 1984. Sebab dikelilingi hutan hujan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun, serangga-serangga lebih suka duduk kat hutan tu daripada kacau pokok teh, so tak payah pakai racun serangga langsung. Betul-betul organik dari bumi ke cawan.

Apa Yang Boleh Buat Kat Sana Tour kilang teh & rasa teh — Kamurang boleh join guided tour tengok macam mana daun teh diproses jadi teh yang kita minum. Lepas tu boleh cuba pelbagai perisa — pandan, lemongrass, geranium, kayu manis, halia. Sy sendiri suka yang pandan sebab wangi lain macam. Jalan-jalan tengah ladang — Barisan pokok teh hijau tu memang cantik untuk gambar, lagi-lagi awal pagi bila kabus masih turun sikit-sikit dekat bukit. Kamunsu Hill trekking — Kalau ada tenaga lebih, boleh naik bukit ni untuk pemandangan yang lagi luas.

Night walk — Kalau stay overnight, cuba la night walk untuk tengok serangga dan hidupan malam yang unik. Sapaon Recreational Area — Ada obstacle course untuk yang bawa anak-anak atau nak aktiviti lebih fun.

Rumah pokok (tree house) & Desa Deer Farm — Best untuk anak-anak, dan gambar pun cantik.

Lepas penat jalan, singgah kat Tea House diorang, cuba menu yang guna teh sebagai bahan — pancake teh, ice cream teh, sampai sup ayam pun ada rasa teh sikit. Pelik dengar tapi sedap. Harga & Waktu Operasi Masuk kawasan ladang percuma, tapi kalau nak guided tour kilang, kena bayar lebih kurang RM14. Buka dari pagi lagi, so kalau nak dapat gambar dengan kabus dan cahaya pagi, datang awal sikit. Kalau nak bermalam pun boleh — ada bilik, cottage, rumah panjang tradisional, sampai camping pun ada. Sejuk waktu malam sebab altitude dia agak tinggi, so bawa jaket ya.

Tips Dari DG Adventure Borneo

Ramai orang gabungkan trip ni dengan Kundasang War Memorial yang tak jauh dari situ — sesuai kalau nak buat one day trip penuh dari KK. Kalau kamurang jenis suka udara sejuk, view gunung, dan sikit-sikit history, Sabah Tea Garden memang worth masuk dalam itinerary kamurang bila explore highland Sabah.

Artikel ini berguna? Kongsi dengan rakan anda.

Pakej & Sewa Kereta

Mahu lawat Ranau?

Hubungi kami untuk pakej pelancongan & sewa kereta di Ranau, Sabah.

Hubungi via WhatsApp
BM
EN
Hubungi Saya